Thursday, March 12, 2009

Jordan..Apa yg istimewanya??

Jom Kenali PETRA


1) Bersama Rakan-rakan di pintu utama Petra

Kali ini sy ingin membawa anda semua mengenali Jordan..

Bersesuaian dgn tajuk..apa yg istimewanya jordan?..huhu..

Byk tempat2 menarik yg boleh kita lawati di negara ini.. Sy akan menceritakn serba sedikit tentang petra(antara salah satu tempat ajaib didunia).. Bila melalui kawasan2 bandar kite pasti akan dpt melihat, Urdun Awwalan..Entah la mungkin Penduduk2 jordan merasakn negara mereka yg paling maju berbanding negara-negara lain..btul atau tidak sangkaan mereka?lihat sendiri pasti kite akan mengetahuinya..hehheh

eh, mcm dah lari dari tajuk je nih..kuang3..


2) Pintu Hadapan di Petra..

Sejarah Awal Petra

Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Jordan. Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'.Ia mewakili simbol teknik dan perlindungan. Merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti ribut pasir dan sebagainya.

Sebenarnya, asal usul suku Nabatean tak diketahui secara pasti. Mereka dikenali sebagai suku pengembara yang menggunakan unta dan biri-biri.

Warga Petra awal adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara, yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam.Dushara disembah berdampingan dengan Allat, dewi Arab kuno.

Apabila anda berkunjung ke Petra, anda akan dapt melihat pelbagai ukiran yg menarik..dan pasti anda akn bertanya, mcm mana la diorang semua ni buat eh..(satu persoalan)...huhuuhu

Pada zama kerajaan Nabatean ini juga, mereka memiliki sistem pengairan yg amat canggih. ianya dpt dilihat dgn jelas di sepanjang perjalanan anda di kota Petra ini..

Terdapat terowong air yang menyalurkan air bersih ke seleruh kawasan kota, sehingga berlakunya banjir. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.

3) Permandangan Ketika Menuju ke pintu utama Petra

Mereka juga sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah bagi mengumpulkan air bersih yang akan digunakan, apabila mereka ingin mengembara ke tempat-tempat yang jauh. Sehingga, di mana pun mereka berada, mereka boleh membuat galian untuk mendapatkan air.. Begitu canggih teknologi mereka..

Utk sampai ke Petra, ia mengambil masa sekitar 3-5 jam perjalanan dari Amman(ibu kota Jordan)...

4) Kesan runtuhan kota Romawi dan benteng batu Petra

Ada Pendapat yg mengatakan Petra ini adalh tempat Allah menurunkan Bala atas keegoan (Kaum Aad). Kaum add ayg terkenal dgn teknologi seni ukirnya, tidak mahu mengikuti ajaran yg dibawa oleh Nabi Allah Hud supaya menyembah Allah.

Ada juga yg berpendapat, Petra adalah Kesan Azab Allah diturunkan utk Kaum Samud.

Nabi S.A.W pernah melalui kawasan petra dn Menasihatkan supaya sahabat tidak berpaling ke arah Petra.. Sbb Apa Nabi S.AW berpesan sedemikian?? Wallahua'alam.. Kita Fikir2kan lah Rasionalnya...Sekadar merenung dn mentafsir bukti-bukti yg jelas kelihatan di kota Petra..

Mengikut Penduduk di sekitar Petra, mereka memberitahu sy, terdapat makan Nabi Salleh disini tetapi ia mengambil masa selama sehari perjalanan utk sampai. Doa2kan sy sampai ke tempat itu ye..Aminnn


5) Mahkamah yg dipercayai digunakan oleh kaum Samud utk menjatuhkan sesuatu hukuman jika terdapat kaumnya yg melakukan kesalahan..


6) Abee Nie kat mahkamah pada zaman kaum Samud

7) Abee Ni bersama pelajar University Albayt

Sekadar ini pengetahun sy tentang petra..Andai Tersalah fakta atu sebgainya, semua itu sy akui silap sy dn sy mohon maaf.. andai ada kelapangan masa, dtglah melawat jordan.. Xrugi tau..

Artikal ini sy petik dari
1)http://ar.wikipedia.org/wiki/البتراء
2)Pelajar al AL-Bayt Malaysia
3) Penduduk setempat


Sehingga kite berjumpa lagi... Love U all... Wallahua'alm..

No comments:

Post a Comment