Sunday, March 8, 2009

Hari Kelahiran RAsulullah SAW..


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog yang beragama Islam… Marilah kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah Baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Beruntunglah bg mereka yg memperbesarkan hari kelahiran baginda, Rasulullah SAW. Menjelang 12 Rabiulawal, umat islam di seluruh dunia akan mengadakn majlis memperingati kelahiran baginda, ianya dinamakan MAULID NABI. Seperti perarakan jalanan, jamuan dan sebagainya. Mereka tahu hari tu hari yang mulia, teristimewa tetapi malangnya mereka cemari dgn majlis dan sambutan yang mungkar dgn berlakunya perkara2 yg melanggar syarat..

Kita patut memperkenalkan kembali cara bagaiman para sahabat dan orang-orang soleh menyambut Maulid Nabi. Hari kelahiran Rasulullah SAW itu patut dibesarkan sebagai tanda kecintaan kita kpd Rasulullah SAW, tanpa dicemari oleh suasana yg bercanggah dengan syariat. Di dalam majlis itu kita ceritakn sejarah kehidupan Rasulullah SAW sebelum baginda diutuskan menjadi nabi dan selepas Baginda menjadi utusan Allah SWT. Adakn Nasyid, selawat beramai-ramai dn seterusya ceritakan ttg perjuangan Baginda menyebarkan Agama islam yg suci lagi agung. Insyaallah byk kebaikan dn keuntungan yg diberi Allah kpd mereka yg dpt mengadakan dan menghadiri majlis Maulid ini..




Hayatilah lagu ini..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Akhir Kalam, sempena Maulid Nabi...Marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat dn salam Ke atas Nabi Muhammad SAW... Syg Nabi dn Syg Allah...Wallahu'alam


1 comment:

~ein~ said...

salam..
sy nak mintak tlg sikit boleh..?
kalau ada lagu mp3 nyanyian al jawaher, tlg send email pada sy..n_hazrini@yahoo.com


tajuk lagunya sy lupa..
sbhgn liriknya mcm ni..
" tercipta 1 lembaran sejarah di tanah suci kota mekah,
hari yang mulia penuh sa'adah,
bermulalah sebuah kisah,
malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,
Abdullah nama bapanya,Siti Aminah ibunya,
riang gembira menyambut mulia terima putera yang utama...
........"

tlg send ASAP, kalau ada file mp3 lagu ni..tqvm.salam.

Post a Comment