Monday, March 16, 2009

Oh Imtihan......

Assalamualaikum semua...nk citer ckit..he2.. Bile Mula exam..Apa jadinya??..

Bermula kelmarin, Masing2 mula la nk cari buku..menelaah pelajaran..sampaikan masing-masing tertdo ats buku, kdg2 buku pun dh bertukar jadi bantal...he2.. Suka Abee Nie melihat keadaan itu..alngkah bagusnya klu keadaan itu berterusan... hidup dgn suasana ilmu, dn mengamalkan ilmu... itu yang lebih baik.. (fikirku sendirian)..

Tapi, tidak dinafikan ade yang telah menelaah pelajaran lebih awal..(ala, nnt dh nk exam..baca ckit2 jer..nnt tertekan..bca byk2, last2 sume x igt) Segelintir mereka berfikiran sedemikian...

"Don't Study Hard But Study Smart".. apa yg kite dpt tafsirkan dari kata2 itu.. byk yg tersirat dn tersurat disebalik kata-kata itu.. Masing-masing mungkin mempunyai pendapat yg berbeza...
Ada yg suka study last-last minit dan ade yg suka study awal... Masing2.. Tepuk dada pastu tanya Aiman..he22

Tapi, Abee Nie suka melihat 2 keadaan itu.. Awal dan lewat..Yang penting kite mesti study..klu x study, mcm mn nk jawab pekse?..btul x?...Insyaallah Kite Semua diberi kejayaan dn kegembiraan.. usaha lebih pastinya hasil pun lebih...

ِIngin Abee nie nasihati, Banyak2kanlah berdoa padaNYA. Allah Sentiasa memakbulkan ape2 jua Permintaan hambanya. Yakinlah..

Sebagaima Firman Allah dalm Surah al-Baqarah (186) yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Lastly, Sama-sama kite memohon semua Pelajar Malaysia University AL al-Bayt, dilapangkan dada..senang jwb pekse.. Semoga kejayaan bakal jadi milik kite...AMIN..











Read more...

Thursday, March 12, 2009

Jordan..Apa yg istimewanya??

Jom Kenali PETRA


1) Bersama Rakan-rakan di pintu utama Petra

Kali ini sy ingin membawa anda semua mengenali Jordan..

Bersesuaian dgn tajuk..apa yg istimewanya jordan?..huhu..

Byk tempat2 menarik yg boleh kita lawati di negara ini.. Sy akan menceritakn serba sedikit tentang petra(antara salah satu tempat ajaib didunia).. Bila melalui kawasan2 bandar kite pasti akan dpt melihat, Urdun Awwalan..Entah la mungkin Penduduk2 jordan merasakn negara mereka yg paling maju berbanding negara-negara lain..btul atau tidak sangkaan mereka?lihat sendiri pasti kite akan mengetahuinya..hehheh

eh, mcm dah lari dari tajuk je nih..kuang3..


2) Pintu Hadapan di Petra..

Sejarah Awal Petra

Petra adalah kota yang didirikan dengan memahat dinding-dinding batu di Jordan. Petra berasal dari bahasa Yunani yang bererti 'batu'.Ia mewakili simbol teknik dan perlindungan. Merupakan ibukota kerajaan Nabatean. Didirikan pada 9 SM-40 M oleh Raja Aretas IV sebagai kota yang sulit untuk ditembusi musuh dan aman dari bencana alam seperti ribut pasir dan sebagainya.

Sebenarnya, asal usul suku Nabatean tak diketahui secara pasti. Mereka dikenali sebagai suku pengembara yang menggunakan unta dan biri-biri.

Warga Petra awal adalah penyembah berhala. Dewa utama mereka adalah Dushara, yang disembah dalam bentuk batu berwarna hitam.Dushara disembah berdampingan dengan Allat, dewi Arab kuno.

Apabila anda berkunjung ke Petra, anda akan dapt melihat pelbagai ukiran yg menarik..dan pasti anda akn bertanya, mcm mana la diorang semua ni buat eh..(satu persoalan)...huhuuhu

Pada zama kerajaan Nabatean ini juga, mereka memiliki sistem pengairan yg amat canggih. ianya dpt dilihat dgn jelas di sepanjang perjalanan anda di kota Petra ini..

Terdapat terowong air yang menyalurkan air bersih ke seleruh kawasan kota, sehingga berlakunya banjir. Mereka juga memiliki teknologi hidrolik untuk mengangkat air.

3) Permandangan Ketika Menuju ke pintu utama Petra

Mereka juga sangat mahir dalam membuat tangki air bawah tanah bagi mengumpulkan air bersih yang akan digunakan, apabila mereka ingin mengembara ke tempat-tempat yang jauh. Sehingga, di mana pun mereka berada, mereka boleh membuat galian untuk mendapatkan air.. Begitu canggih teknologi mereka..

Utk sampai ke Petra, ia mengambil masa sekitar 3-5 jam perjalanan dari Amman(ibu kota Jordan)...

4) Kesan runtuhan kota Romawi dan benteng batu Petra

Ada Pendapat yg mengatakan Petra ini adalh tempat Allah menurunkan Bala atas keegoan (Kaum Aad). Kaum add ayg terkenal dgn teknologi seni ukirnya, tidak mahu mengikuti ajaran yg dibawa oleh Nabi Allah Hud supaya menyembah Allah.

Ada juga yg berpendapat, Petra adalah Kesan Azab Allah diturunkan utk Kaum Samud.

Nabi S.A.W pernah melalui kawasan petra dn Menasihatkan supaya sahabat tidak berpaling ke arah Petra.. Sbb Apa Nabi S.AW berpesan sedemikian?? Wallahua'alam.. Kita Fikir2kan lah Rasionalnya...Sekadar merenung dn mentafsir bukti-bukti yg jelas kelihatan di kota Petra..

Mengikut Penduduk di sekitar Petra, mereka memberitahu sy, terdapat makan Nabi Salleh disini tetapi ia mengambil masa selama sehari perjalanan utk sampai. Doa2kan sy sampai ke tempat itu ye..Aminnn


5) Mahkamah yg dipercayai digunakan oleh kaum Samud utk menjatuhkan sesuatu hukuman jika terdapat kaumnya yg melakukan kesalahan..


6) Abee Nie kat mahkamah pada zaman kaum Samud

7) Abee Ni bersama pelajar University Albayt

Sekadar ini pengetahun sy tentang petra..Andai Tersalah fakta atu sebgainya, semua itu sy akui silap sy dn sy mohon maaf.. andai ada kelapangan masa, dtglah melawat jordan.. Xrugi tau..

Artikal ini sy petik dari
1)http://ar.wikipedia.org/wiki/البتراء
2)Pelajar al AL-Bayt Malaysia
3) Penduduk setempat


Sehingga kite berjumpa lagi... Love U all... Wallahua'alm..
Read more...

Sunday, March 8, 2009

Hari Kelahiran RAsulullah SAW..


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca blog yang beragama Islam… Marilah kita sama-sama menghidupkan kembali sunnah Baginda serta melaksanakan segala suruhan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah.

Beruntunglah bg mereka yg memperbesarkan hari kelahiran baginda, Rasulullah SAW. Menjelang 12 Rabiulawal, umat islam di seluruh dunia akan mengadakn majlis memperingati kelahiran baginda, ianya dinamakan MAULID NABI. Seperti perarakan jalanan, jamuan dan sebagainya. Mereka tahu hari tu hari yang mulia, teristimewa tetapi malangnya mereka cemari dgn majlis dan sambutan yang mungkar dgn berlakunya perkara2 yg melanggar syarat..

Kita patut memperkenalkan kembali cara bagaiman para sahabat dan orang-orang soleh menyambut Maulid Nabi. Hari kelahiran Rasulullah SAW itu patut dibesarkan sebagai tanda kecintaan kita kpd Rasulullah SAW, tanpa dicemari oleh suasana yg bercanggah dengan syariat. Di dalam majlis itu kita ceritakn sejarah kehidupan Rasulullah SAW sebelum baginda diutuskan menjadi nabi dan selepas Baginda menjadi utusan Allah SWT. Adakn Nasyid, selawat beramai-ramai dn seterusya ceritakan ttg perjuangan Baginda menyebarkan Agama islam yg suci lagi agung. Insyaallah byk kebaikan dn keuntungan yg diberi Allah kpd mereka yg dpt mengadakan dan menghadiri majlis Maulid ini..




Hayatilah lagu ini..

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau Rasul mulia

Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela


Akhir Kalam, sempena Maulid Nabi...Marilah kita sama2 memperbanyakkan selawat dn salam Ke atas Nabi Muhammad SAW... Syg Nabi dn Syg Allah...Wallahu'alam



Read more...

Thursday, March 5, 2009

Disebalik Kisah Salji

Pada hari jumaat 27 Februari 2009..tatkala aku sedang menelaah pelajaran, tbe2 hset sahabat ku berbunyi... ting tong..heheheh Auni, ko nk main salji x?..salji dh turun..Gembiranya hati aku x terkata..almaklumlah pengalaman pertama...nk rase camne je..

Masa ni salji dh de skit yg turun kat rumah aku..tapi x de la byk sgt..masa ni,..suara kawan aku dh kuat..Auni, cepat ckit..lambat dh ni..nnt x sempat nak main salji...SALji eh..

Maka bermulalah perjalanan ku ke sebuah tempat yg bernama Ajlun..(kawasan yg berbukit-berhampiran dgn Jerash)mengambil masa selama lbh kurang sejam perjalanan.. tempat ni lah budak2 melayu selalu main salji...Kami pergi dgn menaiki 3 buah pikap..Semua ni x pernah main salji kot..hahahah

Bila dh sampai kat tempat tu, aku tgk salji x ada pun...mungkin agaknya akan trun lps mgrb x pun isyak..fikir punya fikir kami cari kedai makan dan sembahnyang... selesai semua tu kami trus menuju ke tempat yg dikatakan ade salji tu...tapi hampa..hanya hujan yg menemani perjalanan kami...HANYA HUJAN...

Bukan rezeki kami utk bermain salji pada hari tu..

Badan pun dh letih, mata pun dh mengantuk..tba2 kawan aku kata, JOM kita balik..




Read more...