Saturday, October 10, 2009

Belajar, belajar dan belajar.

Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. pelaburan yg menentukan masa depan. setuju dengan abe nie?

" ala, buat apa nk belajar tinggi2, ramai org yang berjaya tanpa ada pelajaran yang tinggi"

Tapi kita jangan lupa, apa2 pun yang kita buat, mesti ada ilmu..x kira belajar secara formal atau tidak.

Mafhum hadis, "Sapa2 yg mahukan dunia, mesti ada ilmu, mahukan akhirat juga mesti berilmu, dan jika mahukan kedua2nya mesti juga dengan ilmu"

Ini menenjukkan bahawasanya ilmu sgt penting dalam hidup, ilmu boleh membimbing ke arah jalan yang betul dan diredhai.

Kenapa abe nie memilih untuk bercerita tentang belajar dalam erti kata lain mencari sesuatu yg baru dalam hidup kerana abe nie merasakan masih ramai org di luar tidak menjadikan belajar sesuatu yg penting dalam hidup.. ambil acuh x acuh je, sebab tu kite tgk remaja atau muda mudi zaman sekarang terlalu leka dengan keseronokan dunia. contohnya merempit, gejala bohsia, bohjan dan bermacam2 masalah lagi. Kalau mereka ni ade ilmu, ada pengetahuan takkan la mereka sanggup menghancurkan masa depan mereka dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah. Pemuda pemudi masa depan kah itu?

Boleh x kita belajar dengan niat yang ikhlas mahu menuntut ilmu?bukan mahu mencari pekerjaan.. semua tu akan datang apabila kite betul-betul mencari ilmu kerana DIA. Yakin lah.

Jom belajar. belajar mencari ilmu. belajar dari kesilapan. belajar bangkit dari kegagalan.. Kegagalan pendorong pada kejayaan..jangan sedih bile kita gagal. jangan putus asa dlm belajar..jadikan belajar tu seronok. ilmu Allah ni luas.. Jangan kedekut berkongsi ilmu dengan kawan2.. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan . jang lupa tu.

Carilah ilmu duniawi dan akhirat.. Semoga kita semua diberikan ganjaran olehNYA..ameen

lastly, abe nie tinggalkan satu resepi. RESEPI KEJAYAAN.. jom kita sama2 buat..moga beroleh keberkatan..Ameen


Resepi Kejayaan

Bahan-bahannya;

  • 250 gm Daya usaha
  • 100 gm Kesabaran
  • 100 gm Keimanan
  • 190 gm Keinsafan
  • 150 gm Pengorbanan
  • 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
  • 8 sudu the rasa tanggungjawab
  • 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Jangan lupa, amalkan doa ye. sekian wassalam dari abe nie..tata titi tutu



2 comments:

Anonymous said...

antarai...

Abe Nie said...

antarai?..aduh..gapo maksud die??

Post a Comment