Tuesday, September 1, 2009

Apa Erti Merdeka...


Assalamualaikum... Hrp2 semua sihat ye..Alhamdulillah tanggal 31 Ogos 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan dari British..Pada saat itu penduduk Tanah Melayu bebas, bebas dari kepompong penjajahan..

Terbayangkan kita pada saat itu?mungkin bgi mereka yg lahir awal dari tarikh itu merasai keperitan. Tanyalah atok-atok, orang-orang tua semuanya menceritakan keganasan, kekejaman yg dilakukan oleh penjajah.. Namun pada hari ni, semua tu hilang, kite bebas melakukan apea sahaja di bumi kita sendiri iaitu Malaysia.

Apa erti merdeka, pada pandangan saya

Merdeka bukan hanya bererti lepas dari jajahan British.

Merdeka bererti berjaya melaksanakan satu Bangsa yang berpadu yang menuju kepada kejayaan dari yang miskin kapada mencapai matlamat hidup dan kebijaksanaan untuk membahagiakan setiap rakyat tanpa mengorbankan tanahnya sendiri demi untuk menyambut tetamu sehingga bangsa sendiri mundur tidak mempunyai rumah.

Tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semangat yang diperjuangkan oleh semua bangsa dan agama. Semangat untuk merdeka. Berusaha mencapai apa yang diimpikan walaupun pada ketika itu MERDEKA ibarat sesuatu yang mustahil tetapi mereka tetap bekerja ke arahnya. Akhirnya, kini kita MERDEKA daripada penjajah. Kini Sudah 52 tahun kita Merdeka..

Apakah bangsa Melayu boleh berdikari? Jawapan saya, YA, Malaysia Mampu berdikari.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia


Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia




Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sekian


1 comment:

Nasi Arab Trader said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment