Wednesday, September 16, 2009

Kenangan Maahad


Assalamualaikum..entah knp tiba-tiba sejak akhir-akhir ni rindu abe nie pada kawan2 di maahad@IQT semakin kuat..Lebih2 lagi pada kawan2 sekelas abe nie.

1) rindu alunan suara rumet abe nie..Nuh nama die..klau baca quran..mmg kuat..tapi dia ni otak pikap jugak la..apa khabr la kamu nuh ye?harap2 sihat la. Nuh skrang sedang belajar di Mesir..Amek syariah.. dgr kata die jadi tok syeikh doh.. nuh, rumet baru mun baik mcm aku x?huk2

2) Jiran abe nie yg suke tgk cerita otomen, cik aisamuddin nama die..org paggil dia aisa jah..klu nk cerita psl masalah die, mmg byk la..heheh..die ni kuat makan, kuat tido, kuat ape lagi ye?haah lupe..kuat ingatan, kuat baca buku..tapi jngan perasan pulak..die x kuat macam badang hok gigi hudoh tu..hehhe..moga2 kedatangan kamu ke cni memberi makna untuk abe nie..jeng3


Dari kiri: Abe Nie, Zarin, Aisamudin, Mustaffami dan Muhammad
Nuh tiada dlm gambar(sbb die yg amik)huk3

3) seterusnya, Dia ni bakal jadi cikgu, namanya Zarin..org pggil ying..Sekarang beljar kat UPSI..Dia ni minat giler2 komik jepun..naruto, bleach ape lagi ntah..sebut je jepun..mest si ying ni tau.. die ni teman rempit abe ni la kat IQT..asal balik rumah je mesti bersama.. ying, aku blik thn depan mun la org pertama sekali aku cari..huk2..sedih2..

4) Yang sorang ni, memg peramah dan baik hati..Nama die Mustaffami, org paggil pa jah..Loni belajar mesir, amik qiraat..nk jadi pakar qiraat ye kata..PA, klu mun baca wak aku tulis ni, aku malu ngat mun..sbb ape tu, mun ngan aku je tahu..Dan di kesempatan ni, aku nk mitak maaf byk2 ye pa..aku byk ngat salah ngan mun...emm

5) Ore Panggil die mamat maker..nama sebenar die muhammad..umah die dekat je ngan umah abee nie..die ni klu main takraw keje nk lipat jah..tapi mmg smart la die lipat..pahtu pulak, ngajji meme rajin..die la mula2 khatam 30 juzuk ..hebat x die?..dia pun amik qiraat gak..sama ngan pa..


Dari kiri: Aisamuddin, Zarin, Nuh, Muhammad dan Abe Nie
Mustaffami tiada dlm gambar(sakit perut msa tu)


Lastly, muiz dgn najib...Walaupun diorang ni x sempat abis sama2 dgn abe nie, muiz dgr kata skrng ni jadi tok imam terawikh..bgus2..muiz ni so jah, baik hati wi abe nie letak muto umah dio..heheh.. najib pulak, loni dgr2 kata jadi camera man..wlauapun bdg kite lain.harap2 ukhwah kite masih kkl samapai bile2 ye.

Eh2 lupa plak sal banat..Raja, Nadiah, Syazaziera, Karimah, dan fatin...wlaupun mereka2 ni jarang sgt dgn abe nie..yang rapat ngan abe nie skrng ni, just raja..rasanya die ni x malu kot ikut abe ni hgga ke Jordan jugak.heheh.. nadiah alhamdulillah dh jadi isteri org..syazazira duk mesir, fatin ngan karimah abe nie x tahu la..mesia kut..maaf ye..hik2..

Ustaz Radhi, Ustaz Wahab, Ustaz Saif, Ustaz Hakimi, Teacher Iman, ustazah Rusiyati..Abe ni nk mintak maaf byk2 klu ade wak silap dgn ustaz dan ustazah..halal kan ilmu ye.. dan setrusnya buat seluruh tenaga pengjr maahad..ssghnya ku merindui kamu semua....

em...belum abis lagi, knp tbe2 je abe ni terasa nk tulis semua ni..Kerana tarbiyyah al-quran yg ade di maahad x sma dengan suasana abe ni sekarang.. sedih sgt2, xde kawan2 yg menegur..dulu, hari2 baca quran, ulang quran..da byk yg berubah..sume tu buat abe ni fikir..sampai bile kite nk trus di paksa..andai kite sdri yg tidk memaksa.. btul x? wat kawan2 iqt semua...hargailah masa ketika kamu masih di IQT..Gunalah betul-betul...jgn byk main.. hhuk2

Mintak maaf semua...

Sekian dulu, hingga bertemu di lain waktu..Selamat melipat gandakan amalan pada 10 hari terakhir ramadhan dan Salam aidilfitri...


Read more...

Saturday, September 5, 2009

Mutiara Kata Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk. "

Riwayat Bukhari & Muslim


Doa Ramadhan

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."




Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Apa Erti Merdeka...


Assalamualaikum... Hrp2 semua sihat ye..Alhamdulillah tanggal 31 Ogos 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan dari British..Pada saat itu penduduk Tanah Melayu bebas, bebas dari kepompong penjajahan..

Terbayangkan kita pada saat itu?mungkin bgi mereka yg lahir awal dari tarikh itu merasai keperitan. Tanyalah atok-atok, orang-orang tua semuanya menceritakan keganasan, kekejaman yg dilakukan oleh penjajah.. Namun pada hari ni, semua tu hilang, kite bebas melakukan apea sahaja di bumi kita sendiri iaitu Malaysia.

Apa erti merdeka, pada pandangan saya

Merdeka bukan hanya bererti lepas dari jajahan British.

Merdeka bererti berjaya melaksanakan satu Bangsa yang berpadu yang menuju kepada kejayaan dari yang miskin kapada mencapai matlamat hidup dan kebijaksanaan untuk membahagiakan setiap rakyat tanpa mengorbankan tanahnya sendiri demi untuk menyambut tetamu sehingga bangsa sendiri mundur tidak mempunyai rumah.

Tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semangat yang diperjuangkan oleh semua bangsa dan agama. Semangat untuk merdeka. Berusaha mencapai apa yang diimpikan walaupun pada ketika itu MERDEKA ibarat sesuatu yang mustahil tetapi mereka tetap bekerja ke arahnya. Akhirnya, kini kita MERDEKA daripada penjajah. Kini Sudah 52 tahun kita Merdeka..

Apakah bangsa Melayu boleh berdikari? Jawapan saya, YA, Malaysia Mampu berdikari.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia


Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia




Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sekian



Read more...