Monday, February 23, 2009

warkah buat sahabat


Sahabat

Sinar

Sahabat…

Di kesepian ini

Bersama nyanyian kerinduan

Aku mula membayangkan

Detik-detik kita bersama

Mengharungi lautan bersama demi satu perjuangan

Menuruni lurah dan lembah

Demi mencari secebis sinar

Bekalan hari esok

Di sebalik pencarian itu

Terselit sebuah ikatan…PERSAHABATAN

Yang sukar diungkaikan

Namun…

Tanpa diduga

Lautan tenang tetap bergelora

Adakah bahtera kasih yang dibina ini akan dilanda badai gelora

Dihempas oleh sang ombak yang menggila

Akan terungkaikah sebuah ikatan?

Aku telah cuba menyelamatkannya dari musnah

Tapi apakan daya diriku ini tak mampu lagi menanggung beban ini

Sahabat…

Aku merantau mencari diriku semula

Dimanakah aku kini

Akan kembalikah ketenangan dan kegembiraan

Yang pernah aku miliki dulu?

Lubuk hatiku dilanda resah,sedih,pilu dan rindu

Akan sebuah kemesraan yang pernah tercipta dahulu

Deraian air mata mengiringi semuanya

pagi menyerlah kembali

Bangkit aku mencari ketenangan

Bagai tersedar dari mimpi

Di puncak kegelisahan

Kuharap sinar ini merubah segalanya

Akan kubawa haluanku sendiri

Akan kuteruskan perjuangan ini demi menggenggam sebuah kejayaan

Kemaafan kupinta sepanjang kita bersama

Bisa mengguris hati masing-masing

Harapanku agar kau berjaya dalam hidup ini

Meneruskan perjuanganmu


Apa pandangan korang tentang sahabat? ada yg mengatakan sahabat itu menyusahkan bahkan ada pula yg menyukai sahabatnya.. Walaupun begitu, sayangilah sahabat mu sebagaimana kamu menyayangi dirimu.. Sekian..


Read more...

Friday, February 20, 2009

Kali Pertama

Alhamdulillah..syukur ku kehadrat ilahi..kerana dgn limpah dan inayahnya aku masih bergelar seorang muslim..satu nikmat yg paling besar dlm hidup..

Blogger?..apakh yg dimaksudkan dgn blogger?..emm..aku semamngnya kurang arif ttg ilmu2 teknologi ni..Al maklumlah, dunia semakin maju..heheh2

Kebiasaanya, blogger akan mengutarakan pendapat, kupasan terhadap isu-isu tertentu..seterusnya hal-hal yg dikirkan perlu utk dikongsi bersama peneroka ilmu di alam siber ini..

emm..itu berdasarkan pemikiran ku terhadap blogger di seluruh dunia..senang-senang, macam-macam ade(iklan astro)

AKU? masih baru dlm dunia blog..masih mencari-cari idea.. org tua2 dulu kata, budak baru belajar klu slah tolong tunjukkan..

Menceburi dunia blog memerlukan masa, memerlukan idea yg menarik supaya artikal-artikal yg disiarkan mempunyai faedah...tambahan pula diriku seorang plajar..Pesan Doktor Abd Rahim Za'qaf(doktor tafsir ku)--masuk dlm kelas die, mesti dapat faedah wlau ckit pun...

Jordan?..korang nk tau psl jordan?...emm insyaallah nnt bile ade kelapangan waktu...cerita ttg jordan akan diterbitkan..nk kata bile tu entah la..tpi insyaallah....

lastly, aku nk ucapkan terima kasih buat kedua-ibu bapa ku yng tlh bersusah payh membesarkan kan dari kecik hgga besar mcam ni.. jasa kalian x terbals...
Ya Allah Ya Tuhanku, KAU ampuknlah dosa-dosa ku dan dosa kedua ibu-bapaku...Ameeenn
Read more...