Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009

Salam. Rasanya sudah terlalu lama abe nie x menulis. memandangkan sekarang ni da x cbuk, "Gatal nak menulis" opss tersalah copy tajuk ni. lololo jgn marah ye otomen.. wawawa

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. lumrah alam mmg begitu. dtg dan pergi. yg muda makin tua. yg kecik jadi besar. so, jadikan pengalaman itu satu perkara yang paling menyeronokkan, suke suke sesama ahli keluarga, kwn2 dn teman2 sekeliling. "pengalaman menjadikan kite makin matang". anda setuju??

2009.. mcm2 yg da berlaku, sedar x sedar da nk dkt 2 thn abe nie duk cni(jordan). suke pun ade, sedih pun ade. tapi setakat ni x nagis lagi la..wawaw. "org laki2 x leh nagis" hehehe.

2009..
1) jom baca kisah abe nie.Sampai sekrang abe ni x pernah berpisah dgn rumet abe nie yg paling cute,montel, uwa2 mcm2 la die nih ..tapi die baik.. abe nie nk bgitau kat cni.. abe nie suke rumet abe nie, abe nie syg rumet abe nie. korang tahu x die sape? hahahah

ha, ini lah die rumet abe nie.

2) Thn ni jugak abe nie dpt ahli bait baru.. nama die cik anap ilmi.. lau korang nk thu, thn ni azam die nk kurus, nk slim. huahua. ari tu prnah seminggu die x mkn nasik ..puas kami pujuk. "makanla nap. sedap nih" tau die ckp ape?..x leh mok, nk kurus nih..hahah "mok" tu pangilan die tok sume org..ntah mane die dpt perkataan tu x tahulah.. GEMOK kot.haha
pape pun cik anap. abe nie doakan thn 2010 berat cik anap trn dan makin kurus..kurus ke gemuk ke, asalkan epi sudah nap.. chaiyokkk..

Inilah cik Anap(blh knn). gmbr die time berisi.wawwa

3) Dulu, kami nk dtg sni sama-sama. tapi x jadi. ni semua sbb masalah teknikal la, (x patut2). alhamdulillah dgn izinNYA, 2009 die dtg jgk cni. "Auni, ko tggu aku kat airport jordan" first time jumpe abe nie, die bkn nk salam ke nk ape2 ke..trus je tarik rambut abe nie.. aduh sakit..hahahha da2, ckp sampai ctu.. maka secara x rasminya die nih pun jadi rumet abe nie gak..ops, lupe nak gtau..nama penuh die mohd aisamuddin bin ibrahim.. jadi yg sebnarnya kami nih ddk bertiga dlm satu bilik, Abe nie, sob, aisa. ASA.

Ha. nilah Aisamudin ..otomen versi manusia

3) Ni plak kisah psl abu. dulu die nih sama-sama2 sek ngan abe nie masa kat trg. "eh Auni, mun nk gi jordan ke? die tel abe nie tny. abe nie kata, iyo lah..last2 kite org mai jordan sama2. kuliyyah pun sma. haha pah2, dok serumah. Abu ni bijok org die..mlm pekse bru start baca buku..tpi markah die ..perghh tinggi..

ha, ni plak abu. Die sebilik ngan cik anap.

4)abe nie nk gtau.. Abe nie sayang ahli bait abe nie, Anap, Abu, Aisa dan sobri..time kasih bgi abe ni duk sama2 ngan korang. jadikan 2010 ni sama cm 2009 ye..amenn

5) setiap org pasti ade azam dan cita-cita yg berlainan setiap tahun, Azam thn ni hampir tertunai, Azam thn depan belum pasti..Yg penting, "jadikan hari ni lebih baik dri semalam". mlm ni kite ttp diary 2009 dgn mengukir sebuah senyuman. kenangan yg indah .

6) Malam ni jugak diberitakan akan berlakunya gerhana bulan. kena tgk nih ..

7) 2009 juga thn yg paling sedih buat abe nie. Kehilangan seorang ahli bait, Zunnazri. Panggil yie. Sblm dtg cni, boleh dikatakan hari-hari abe nie dgn die. yie, jom ar main badminton. Smpai mak ayah kiteorg naik pening..hahah tapi xpe, kami x buat mende pelik. "riyadhah tu kan mende baik. " 2009 matyie tggalkan abe nie. sedih rase hati ni biarkan matyie pergi. kalau abe nie leh putar balik masa, abe nie x kn biarkan die pergi. Oh matyie.heehe

kenangan bersama matyie di maqam sahabat, mutah

Ahli bait CIKO, 2008-2009. matyie paling kiri

Sekarang nih matyie ddk sebilik dgn amirul faez, atau nama glamor die MERAH. Woit merah . jga die elok2. kasi cukup makan cukup tido. igt tu!

8) Mohon sama2 sedekahkan al-fatihah buat kenalan kite, keluarga, sanak saudara dn seluruh umat islam yang telah meninggalnkan dunia yg fana ni.. semoga mereka di tempatkan dikalangan org2 yg soleh dn solehah. Jln para2 nabi, masukkan mereka kedalam taman indah, iaitu SYURGA ya ALLAH.. Al-fatihah.

lastly, 2009 dlm kenangan.. 2010 semakin mghampiri.. tanamkan azam sasarkan cita-cita. moga kalian terus sukses dlm ape jua bdg, senantiasa dlm lembayung rahmat Ilahi ... Amenn

Sekian Wassalam.





Read more...

Monday, October 12, 2009

Kenapa pakai purdah??

Salam sejahtera buat semua..Moga dengan nikmat kurniaan Iman dan Islam sama-sama kita syukuri. Nikmat kesihatan yang Allah pinjamkan pada kita, moga dimanfaatkan sebaiknya. Semoga kite semua beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amen

Kembali pada tajuk. Mungkin ada yang tidak selesa, insya Allah abe nie sedaya upaya menggunakan bahasa yang ringkas. Nasihat tak lain tak bukan buat diri sendiri yang selalu gagal istiqamah dalam mujahadah. Mujahadah kecil yang perlu kita sama-sama atasi. Bukan niat abe nie tuk menghentam golongan ini. Cume ingin berkongsi dengan mereka yang masih berfikiran sempit tentang pemakaian purdah.

Kebanyakan ahli akademik berkata, purdah merupakan satu budaya yang diamalkan dalam masyarakat yang tinggal di gurun Arab sebelum kedatangan Islam. Secara umumnya aurat wanita terkecuali hanya dua iaitu tangan dan muka. Kenapa perlu berpurdah? Dalam urusan jual beli, saksi, dan perkahwinan mewajibkan wanita membuka wajah (andainya berpurdah) supaya tidak timbul masalah yang tidak diingini pada masa yang akan datang.

“Kamu kena ingat, kamu tu berpurdah. Kena jaga batas-batas agama, pergaulan dengan lelaki kena jaga “

Tapi abe nie lihat, biasanya yang berpurdah ni la terlalu over acting. (sesetengahnya sahaja).

Mungkin kerana suka-suka?tengok kawan-kawan pakai.

Pernah abe nie dengar, “ana pakai purdah nak jauhkan dari fitnah” tapi rasionalnya masih ramai yang berpudah tapi masih tidak menjaga batas2 agama, keluar dating, macam2 lagi..

Sekali lagi abe nie ingin jelaskan, bukan niat abe nie ingin menghentam golongan berpurdah ni, semua abe nie lakarkan di sini berdasarkan pengalaman abe nie.

Justeru itu, Selalu kena tajdid niat, Lillahitaala. “aku pakai purdah kerana Allah, bukan kerana sesiapa” ikhlaskan niat kita. moga beroleh ganjaran. Insyaallah.

Baru-baru ini Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi melarang pelajar perempuan memakai purdah di kelas dan asrama dalam kawasan pusat pengajian Islam itu. Namun, beliau menjelaskan pemakaian purdah itu tidak dilarang di perkarangan Universiti Al-Azhar sekali gus memperbetulkan laporan media sebelum ini yang mendakwa bahawa larangan tersebut dikuat kuasa di semua kawasan kampus.

Kenapa berlaku pengharaman sedemikian? Mungkin berpurdah pada zaman ini tidak lagi rasional? Sama2 kita fikir. Andai wujudnya kemaslahatan dengan berpurdah, teruskan. Andai tidak, tepuk dada Tanya iman.

"...Niqab/Purdah ni bagi abe nie adalah masalah wara' (menjaga). Yusuf Qardhawi sangat berfikiran terbuka dalam isu ni, jadi bagi abe nie suka kalau kite semua sama-sama berfikir”

Sukakah kamu menjadi perhatian ajnabi?
Sukakah kamu menjadi sebutan ajnabi?

Sukakah kamu menjadi 'admire' ajnabi?
Sukakah kamu menjadi fitnah ajnabi?


Abe nie lihat masih ramai golongan berpurdah menggunakan laman web "social network "dengan pelbagai kenyataan yang boleh menjatuhkan imej seorang wanita muslimah. Sedarkah kenyataan yang keluar itu boleh dibaca oleh semua org?kalau mampu elak, elakkanlah.

Abe nie tinggalkan 4 persoalan diatas, rungkaikanlah dengan pemikiran yang terbuka, tanpa menyakiti hati sesiapa. Sebagaimana yang kita tahu, “serulah pada jalan Tuhan mu dengan berhikmah.”

Sesungguhnya berpurdah itu indah. Cuma harap nya, jgn disalah ertikan.

Kata-kata ni abe nie petik dalam sebuah artikel, "Saya bukan orang yang pandai, saya bukan orang yang sempurna tetapi saya mahu berusaha menjadi umat Islam yang terbaik."

Apa yang baik itu datang dari Allah, yang kurang dari kelemahan abe nie sendiri. Mohon maaf andai ada kata2 abe nie menyakitkan hati sesiapa, sekadar berkongsi.. Sekian

Read more...

Saturday, October 10, 2009

Belajar, belajar dan belajar.

Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. pelaburan yg menentukan masa depan. setuju dengan abe nie?

" ala, buat apa nk belajar tinggi2, ramai org yang berjaya tanpa ada pelajaran yang tinggi"

Tapi kita jangan lupa, apa2 pun yang kita buat, mesti ada ilmu..x kira belajar secara formal atau tidak.

Mafhum hadis, "Sapa2 yg mahukan dunia, mesti ada ilmu, mahukan akhirat juga mesti berilmu, dan jika mahukan kedua2nya mesti juga dengan ilmu"

Ini menenjukkan bahawasanya ilmu sgt penting dalam hidup, ilmu boleh membimbing ke arah jalan yang betul dan diredhai.

Kenapa abe nie memilih untuk bercerita tentang belajar dalam erti kata lain mencari sesuatu yg baru dalam hidup kerana abe nie merasakan masih ramai org di luar tidak menjadikan belajar sesuatu yg penting dalam hidup.. ambil acuh x acuh je, sebab tu kite tgk remaja atau muda mudi zaman sekarang terlalu leka dengan keseronokan dunia. contohnya merempit, gejala bohsia, bohjan dan bermacam2 masalah lagi. Kalau mereka ni ade ilmu, ada pengetahuan takkan la mereka sanggup menghancurkan masa depan mereka dengan melakukan perkara2 yang tidak berfaedah. Pemuda pemudi masa depan kah itu?

Boleh x kita belajar dengan niat yang ikhlas mahu menuntut ilmu?bukan mahu mencari pekerjaan.. semua tu akan datang apabila kite betul-betul mencari ilmu kerana DIA. Yakin lah.

Jom belajar. belajar mencari ilmu. belajar dari kesilapan. belajar bangkit dari kegagalan.. Kegagalan pendorong pada kejayaan..jangan sedih bile kita gagal. jangan putus asa dlm belajar..jadikan belajar tu seronok. ilmu Allah ni luas.. Jangan kedekut berkongsi ilmu dengan kawan2.. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan . jang lupa tu.

Carilah ilmu duniawi dan akhirat.. Semoga kita semua diberikan ganjaran olehNYA..ameen

lastly, abe nie tinggalkan satu resepi. RESEPI KEJAYAAN.. jom kita sama2 buat..moga beroleh keberkatan..Ameen


Resepi Kejayaan

Bahan-bahannya;

  • 250 gm Daya usaha
  • 100 gm Kesabaran
  • 100 gm Keimanan
  • 190 gm Keinsafan
  • 150 gm Pengorbanan
  • 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )
  • 8 sudu the rasa tanggungjawab
  • 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Jangan lupa, amalkan doa ye. sekian wassalam dari abe nie..tata titi tutu




Read more...

Wednesday, September 16, 2009

Kenangan Maahad


Assalamualaikum..entah knp tiba-tiba sejak akhir-akhir ni rindu abe nie pada kawan2 di maahad@IQT semakin kuat..Lebih2 lagi pada kawan2 sekelas abe nie.

1) rindu alunan suara rumet abe nie..Nuh nama die..klau baca quran..mmg kuat..tapi dia ni otak pikap jugak la..apa khabr la kamu nuh ye?harap2 sihat la. Nuh skrang sedang belajar di Mesir..Amek syariah.. dgr kata die jadi tok syeikh doh.. nuh, rumet baru mun baik mcm aku x?huk2

2) Jiran abe nie yg suke tgk cerita otomen, cik aisamuddin nama die..org paggil dia aisa jah..klu nk cerita psl masalah die, mmg byk la..heheh..die ni kuat makan, kuat tido, kuat ape lagi ye?haah lupe..kuat ingatan, kuat baca buku..tapi jngan perasan pulak..die x kuat macam badang hok gigi hudoh tu..hehhe..moga2 kedatangan kamu ke cni memberi makna untuk abe nie..jeng3


Dari kiri: Abe Nie, Zarin, Aisamudin, Mustaffami dan Muhammad
Nuh tiada dlm gambar(sbb die yg amik)huk3

3) seterusnya, Dia ni bakal jadi cikgu, namanya Zarin..org pggil ying..Sekarang beljar kat UPSI..Dia ni minat giler2 komik jepun..naruto, bleach ape lagi ntah..sebut je jepun..mest si ying ni tau.. die ni teman rempit abe ni la kat IQT..asal balik rumah je mesti bersama.. ying, aku blik thn depan mun la org pertama sekali aku cari..huk2..sedih2..

4) Yang sorang ni, memg peramah dan baik hati..Nama die Mustaffami, org paggil pa jah..Loni belajar mesir, amik qiraat..nk jadi pakar qiraat ye kata..PA, klu mun baca wak aku tulis ni, aku malu ngat mun..sbb ape tu, mun ngan aku je tahu..Dan di kesempatan ni, aku nk mitak maaf byk2 ye pa..aku byk ngat salah ngan mun...emm

5) Ore Panggil die mamat maker..nama sebenar die muhammad..umah die dekat je ngan umah abee nie..die ni klu main takraw keje nk lipat jah..tapi mmg smart la die lipat..pahtu pulak, ngajji meme rajin..die la mula2 khatam 30 juzuk ..hebat x die?..dia pun amik qiraat gak..sama ngan pa..


Dari kiri: Aisamuddin, Zarin, Nuh, Muhammad dan Abe Nie
Mustaffami tiada dlm gambar(sakit perut msa tu)


Lastly, muiz dgn najib...Walaupun diorang ni x sempat abis sama2 dgn abe nie, muiz dgr kata skrng ni jadi tok imam terawikh..bgus2..muiz ni so jah, baik hati wi abe nie letak muto umah dio..heheh.. najib pulak, loni dgr2 kata jadi camera man..wlauapun bdg kite lain.harap2 ukhwah kite masih kkl samapai bile2 ye.

Eh2 lupa plak sal banat..Raja, Nadiah, Syazaziera, Karimah, dan fatin...wlaupun mereka2 ni jarang sgt dgn abe nie..yang rapat ngan abe nie skrng ni, just raja..rasanya die ni x malu kot ikut abe ni hgga ke Jordan jugak.heheh.. nadiah alhamdulillah dh jadi isteri org..syazazira duk mesir, fatin ngan karimah abe nie x tahu la..mesia kut..maaf ye..hik2..

Ustaz Radhi, Ustaz Wahab, Ustaz Saif, Ustaz Hakimi, Teacher Iman, ustazah Rusiyati..Abe ni nk mintak maaf byk2 klu ade wak silap dgn ustaz dan ustazah..halal kan ilmu ye.. dan setrusnya buat seluruh tenaga pengjr maahad..ssghnya ku merindui kamu semua....

em...belum abis lagi, knp tbe2 je abe ni terasa nk tulis semua ni..Kerana tarbiyyah al-quran yg ade di maahad x sma dengan suasana abe ni sekarang.. sedih sgt2, xde kawan2 yg menegur..dulu, hari2 baca quran, ulang quran..da byk yg berubah..sume tu buat abe ni fikir..sampai bile kite nk trus di paksa..andai kite sdri yg tidk memaksa.. btul x? wat kawan2 iqt semua...hargailah masa ketika kamu masih di IQT..Gunalah betul-betul...jgn byk main.. hhuk2

Mintak maaf semua...

Sekian dulu, hingga bertemu di lain waktu..Selamat melipat gandakan amalan pada 10 hari terakhir ramadhan dan Salam aidilfitri...


Read more...

Saturday, September 5, 2009

Mutiara Kata Ramadhan

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

" Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berfirman: ” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.”

Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk. "

Riwayat Bukhari & Muslim


Doa Ramadhan

Hari Kelima Belas

"Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut."




Read more...

Tuesday, September 1, 2009

Apa Erti Merdeka...


Assalamualaikum... Hrp2 semua sihat ye..Alhamdulillah tanggal 31 Ogos 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan dari British..Pada saat itu penduduk Tanah Melayu bebas, bebas dari kepompong penjajahan..

Terbayangkan kita pada saat itu?mungkin bgi mereka yg lahir awal dari tarikh itu merasai keperitan. Tanyalah atok-atok, orang-orang tua semuanya menceritakan keganasan, kekejaman yg dilakukan oleh penjajah.. Namun pada hari ni, semua tu hilang, kite bebas melakukan apea sahaja di bumi kita sendiri iaitu Malaysia.

Apa erti merdeka, pada pandangan saya

Merdeka bukan hanya bererti lepas dari jajahan British.

Merdeka bererti berjaya melaksanakan satu Bangsa yang berpadu yang menuju kepada kejayaan dari yang miskin kapada mencapai matlamat hidup dan kebijaksanaan untuk membahagiakan setiap rakyat tanpa mengorbankan tanahnya sendiri demi untuk menyambut tetamu sehingga bangsa sendiri mundur tidak mempunyai rumah.

Tema hari kemerdekaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Semangat yang diperjuangkan oleh semua bangsa dan agama. Semangat untuk merdeka. Berusaha mencapai apa yang diimpikan walaupun pada ketika itu MERDEKA ibarat sesuatu yang mustahil tetapi mereka tetap bekerja ke arahnya. Akhirnya, kini kita MERDEKA daripada penjajah. Kini Sudah 52 tahun kita Merdeka..

Apakah bangsa Melayu boleh berdikari? Jawapan saya, YA, Malaysia Mampu berdikari.

Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia


Satu Malaysia


Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua

Video Lagu 1 Malaysia




Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Sekian



Read more...

Friday, August 28, 2009

Sahur...

Umi, abe nk tido dah ni, pkl 4.30 umi gerak abe deh, abe nk sahur..

tu la kata2 ak bile balik dumah bulan pose..ye la, sbb kawe ni dari kecik sekolah asrama..balik pun hujung2 bulan jah x rindu bakpe kan? kan? kan?..he2

umi, imah x leh pose ari ni sbb imah x bgun sahur pagi tadi.

Ini sokmo ayat adik kecik kawe hok bosu..bule pose ni keje die cari alasan jah.. xpo2, kecik2 xleh pose..nnt sakit perut..jolo ko eh?

kito x yah caro psl tu deh.. sbnrya kawe nk cerita ttg kelebihan kite makan sahur.. mace2 kite dgr ore dok cerito..klu hok mls pose gak dok wi alasan la, aku x pose ari ni..sbb pgi tadi dok bgn sahur. klu kite perati molek, supo jah ngan adik aku hok kecik, imah..tapi xpo la die kecik lagi..tapi klu ore besa bapok kato gitu..berat nanang weh..

Poso ni wajib bagi umat islei..sapo2 x poso, buleh doso la jawabnya.. mace hukum manusia buat jugoklah, langga lampu merah keno samei..

Mari kite pakat2 baca fadilat keistimewaanya sahur..

hok pertamanya,
(bahasa melayu fushah pulak deh)

BERSAHUR adalah sunat sahaja hukumnya, akan tetapi, ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud "Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat" . Amalan sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani

Sahur juga merupakan satu rahmat dan berkat ke atas umat ISLAM. Bersahur atau bersarapan pagi juga penting untuk menjaga kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain.

Justeru,secara umumnya,mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga dipenuhi berkah.

Da fhm yer semua? tapi ni nak pesei so karo...lepah make sahur tu, jagn lupe gosok gigi..ehheheh

Sekian dulu..hehehe

Note..Sape2 x phm sila angkat tangan.ahak3..kecuali ore ganung ngan kelate..x yah duk akat tangan la..huhuhuh



Read more...

Wednesday, August 26, 2009

Keistimewaan Ramadhan..

Alhamdulillah, sedar x sedar hari ni sudah lima hari umat islam berpuasa, Rasanya belum terlambat utk saya menceritakan serba sedikit keistimewaan yg terdapat di dalam bulan ramadhan yang mulia ini.. Tahun ini merupakan kali kedua saya berpuasa di Jordan dan sudah semestinya saya merindukan suasana puasa di malaysia dengan bazar ramadhannya yg banyak, Moreh, Tadarrus al-Quran, Masakan umi dn telatah adik beradik dsb. Kita tinggalkan bab-bab makan ni..emm


Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Ahmad)
Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

Antara Keistimewaan Bulan Ramadhan:

>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat
Keistimewaan beramal di bulan Ramadhan
>Amal itu dapat menutup dosa-dosa kecil antara Ramadhan ini sehingga bertemu Ramadhan berikutnya
>Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan memintakan syafaat daripada amalan membaca al-Quran dan puasa itu sendiri dan perisai siksaan neraka
>Bagi orang yang berpuasa disediakan pintu khusus baginya untuk memasuki Jannah iaitu yang dinamakan “Rayyaan”

Ihsan dari, Mimbar Ulama
Read more...

Sunday, April 12, 2009

Oh Kalam ku

Emm..sudah lama Abee Nie tidak mengupdatekn blog ni, entahla..mungkin kekurangan idea..@ cbuk dgn study..(btul ke ape yg aku tulis ni)..hehehhe

Bile di hitung..rasanya dh dekat sebulan kn?..insyaallah, bile diizinkan OlehNYA..Abee Nie akan terus menulis..

Maaf pada semua...
Read more...

Monday, March 16, 2009

Oh Imtihan......

Assalamualaikum semua...nk citer ckit..he2.. Bile Mula exam..Apa jadinya??..

Bermula kelmarin, Masing2 mula la nk cari buku..menelaah pelajaran..sampaikan masing-masing tertdo ats buku, kdg2 buku pun dh bertukar jadi bantal...he2.. Suka Abee Nie melihat keadaan itu..alngkah bagusnya klu keadaan itu berterusan... hidup dgn suasana ilmu, dn mengamalkan ilmu... itu yang lebih baik.. (fikirku sendirian)..

Tapi, tidak dinafikan ade yang telah menelaah pelajaran lebih awal..(ala, nnt dh nk exam..baca ckit2 jer..nnt tertekan..bca byk2, last2 sume x igt) Segelintir mereka berfikiran sedemikian...

"Don't Study Hard But Study Smart".. apa yg kite dpt tafsirkan dari kata2 itu.. byk yg tersirat dn tersurat disebalik kata-kata itu.. Masing-masing mungkin mempunyai pendapat yg berbeza...
Ada yg suka study last-last minit dan ade yg suka study awal... Masing2.. Tepuk dada pastu tanya Aiman..he22

Tapi, Abee Nie suka melihat 2 keadaan itu.. Awal dan lewat..Yang penting kite mesti study..klu x study, mcm mn nk jawab pekse?..btul x?...Insyaallah Kite Semua diberi kejayaan dn kegembiraan.. usaha lebih pastinya hasil pun lebih...

ِIngin Abee nie nasihati, Banyak2kanlah berdoa padaNYA. Allah Sentiasa memakbulkan ape2 jua Permintaan hambanya. Yakinlah..

Sebagaima Firman Allah dalm Surah al-Baqarah (186) yang bermaksud:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

Lastly, Sama-sama kite memohon semua Pelajar Malaysia University AL al-Bayt, dilapangkan dada..senang jwb pekse.. Semoga kejayaan bakal jadi milik kite...AMIN..











Read more...