Sunday, January 31, 2010

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang

Doaku tuk kalian,

Ya Allah Peliharalah keluarga ku,sahabat2ku dan teman sekelilingku, kuatkan kaki mereka di jalan MU,kuatkan jasad mereka dengan rahmatMU. Kuatkan roh mereka dengan rohMU. Buatkan mereka tersenyum hingga ke syurgaMu yang abadi, Hiasilah hati mereka dgn Al-Quran.

Syukur Pada Allah, pada saat ni kita masih lagi diberikan nikmat yang paling berharga iaitu nikmat islam dan Iman. Syukur juga kerana kite masih dapat menghirup udara , melihat alam ciptaanNYA yang penuh dengan warna warni. Masih sempat merenung dan mentafsir atas setiap apa yang berlaku. Moga hidup kita lebih baik dari hari ke hari.

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang

Seringkali kita dengar, bila kawan2 kita di timpa masalah, bencana dll. Ayat yg seringkali terpancul di mulut kita. Sabar man,Setiap kejadian tu ada hikmah nya. Tapi adakah kita betul2 redha dgn segala ketentuanNYA? Bengang? Marah? Sakit hati? Terima ala kadar? Macam2 kerenah yang kite boleh lihat. Tapi ketahuilah kawan2 semua, Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik tuk kita. Sebagaimana firman Allah:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pdahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
Surah al-Baqarah 216

Allah Taala adalah Tuhan kita yang kaya dengan sifat pengasih dan penyayangNya, malah sifat pengasih Tuhan itu mengatasi segala sifat-sifatNya yang lain. Buktinya, lihat sajalah kejadian alam ini. Allah ciptakan manusia lalu diberikan rezeki, dianugerahkan matahari dn hujan serta udara untuk bernafas. Walaupun ramai hambaNya tidak mempedulikanNya serta tidak menyembahNya, namun Allah belum pernah bertindak menghentikan bekalan oksigen untuk kita semua, walaupun Dia mampu brbuat demikian hanya dengan berkata, "kun - fayakun". Begitulah hebatnya dan besarnya kasih sayang Allah pada hamba-hambaNya.

Emm. Bile da terbukti kasih syg Allah terhadap kita sebagai hamba, seharusnya kite pula buktikan kecintaan kite padaNYA antaranya dengan,

Memperbanyakkan mengingatiNya pada setiap waktu (khususnya selepas solat), tidak bersangka buruk dengan segala ketentuanNYa. Menyayangi saudara sesama islam dan yang paling penting, Melakukan apa yg disuruhNYa, dan menjauhi apa2 yang dilarangNya. X susah pun kn?emm sama2 kite cube ye.

Abe nie tujukan tazkirah ringkas khas ni tuk diri abe nie sendiri. Semoga semua beroleh manfaat. Di kesempatan ini juga, abe nie doakan kalian semua berada di bawah rahmat kasih syg Allah senantiasa. Amin

Akhir kalam, Sebelum melelapkan mata, insafilah semua rahmat yang telah dianugerahkan-Nya kpd kita sepanjang hari itu. Ingatlah semua yang telah kita lakukan pada hari ini. Bermohonlah kpd Yang Maha Kuasa supaya kita akan kkal dlm rahmat-Nya utk menempuh hari2 yg mendatang. Jangan lupa megucapkan syukur kpd Tuhan kerana menjadikan diri kita sperti kita pada hari ini. Stelah itu pejamkan mata dgn bibir yang tersenyum serta hati yg bersih dn ceria. Selamat Mlm tuk warga Jordan .. Bismikallahumma ahya wa amut. Slm Sayang semua. Jumpa lagi Insyaallah

Read more...

Thursday, January 21, 2010

Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum sume.. pada hari ini abe nie suka untuk borkongsi dengan kalian tips2 yang perlu kita buat untuk menyatakan kasih dan sygnya kita kepada sahabat.

Dalam erti sahabat, byk pengertian yang kite boleh tafsirkan. Abe nie simpulkan disini bahawsanya sahabat adalah seorang teman yang senantiasa ada bile waktu kite senang dan susah.

Bagi abe nie, perkataan sahabat lebih mempunyai maksud yg specifik berbanding kawan dan teman. Susah untuk diaplikasikan. korang pula bgaimana?

Sebagaimana kata Saidini Ali, mafhumnya:

Bila memilih kawan uji lah sahabat anda dgn memarahinya, andai tatkala itu die senyum. maka berkawanlah@ bersahabatlah dgnnya.


Sketsa dan cerita ringas tentang erti persahabatan.

1) Bile kali pertama berjumpa




2) Waktu study

3) Tolong menolong

4) Bila tiba hari jadi dia

5) Bila rindu dia

6) JANGAN BUAT BEGINI

7) Bila tahu dia sakit

8) Kalau begini selalu

9) Saat berpisah dgnnya

Akhir kata,

Pilihla sahabat yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan.

Hargailah waktu bila bersamanya. jadikan pengalaman anda sesuatu yang menyeronokkan.

Andai punya sengketa, tanamkan sifat maaf memaafi.

Buat dirinya menyayangi diri anda.

Sekian Wassalam

Read more...

Wednesday, January 20, 2010

Bila Exam Sudah Habis

Assalamualaikum semua.. aloo0..

Alhamdulillah syukur pada Allah s.w.t, dapat jugak abe nie menghabiskn exam tuk semester ni. Bile da abis exam ni, da xtau nk buat apa. nk gi jln2?karung duit pun kosong.. Apa Kata lau kite pkat2 tido..huk3

Bile da xde pape nk buat. hah, boleh pulak terfikir nk tukar template baru tuk blog ni.. bukan ape pun .saje tukar2 angin.. dari satu website ke website yang lain..cari punya cari, akhirnya ni lah hasilnya.. Apa2 pun me kasih tuk cik ultramuddin, tanpa die rasanya blog ni xkn secantik yg korang sume lihat..huahuahau

Dalam 2,3 hari ni. asyik hujan je..Tanda nak salji ke? Tapi x dinafikan musim sejuk tahun ni x sbgaimana musim lepas.. x berapa nk sejuk. akhir2 ni ha baru nk sejuk..

musim exam sibuk dengan buku. jadi ulat buku la.. tapi apa2 pun abe ni epi sebab da CUTI.

Antara plan yang abe ni nk buat:
  • Da kena start study tuk fasal depan (huahauahauhau)
  • Jalan-jalan keluar Jordan. ke syria mungkin (ada sape2 nk belanja?)
  • Tido
  • Makan puas2
  • Buat onar umah org
  • Balik malaysia? (Awal sgt)
  • ber FESBOK (selalu sgt)
  • Tgk cerita best-best KCB (KCB? apa tu)
  • Duduk depan laptop (Hari-hari)
  • Kemas bilik (sapa nk tolong?)
  • Kemas kitab-kitab
  • Main Futsal
  • Ngaji quran
  • Tel Umi Walid
ha! rasenya cukup kut buat masa nih.. ke ade sape2 nk tambah?

Jadi bagi2 sesiapa yg tgh bercuti sekrang ni. manfaatkan cuti anda dgn melakukan sesuatu yag berfaedah dan menyeronokkan. Moga ianya menjadi kenangan yag terindah dlm lipatan sejarah hidup kita.. salam syg salam rindu tuk semua..

Moga Anda semua trus-terusan ceria dn tersenyum pada setiap kali bgn dari tido

sekian.. bye bye




Read more...

Saturday, January 9, 2010

Fatrah Exam bermula

Salam semua. harap siht2 belake. sedikit info yang korang perlu tahu, chewahh..huhu bermula pada minggu ni,kesemua pelajar university al ABayt akan menghadapi final exam. ada yang da start dari minggu lepas. dan ade jugak yg baru start pada hari ini. so bermulalah bermacam-macam ragam diantara kami. kalau sebelum ni buat biasa2 je, tapi sekarang xleh da. nanti xleh jwb pekse ade gak yang x makan sehari nih.. huhu so kami semua da sepakat, KAMI KENA BACA BUKU.

ha,ni abe nie nk pesan tuk semua kawan2, musim exam ni

-KENA JAGA KESIHATAN ELOK2.
-TIDO KENA CUKUP,
-JANGAN BACA BUKU LEBIH DARI 4 JAM. LAU RASE X LARAT, REHAT KJP, PASTU SAMBUNG BALIK.
-JANGAN LUPE TNY KAWAN2 YANG DA AMIK MADAH YANG KITA NK EXAM,BENTUK SOALAN DIA MCAM MANA.
-LPS TU KENA TAU TAJUK MANA YANG MASUK, NI PENTING.
-YANG BELUM CALL MAK ABAH, TELEFON MEREKA, ADE KEBERKATAN DARI DOA MEREKA TAU.
LAST SEKALI JANGAN LUPE MINTAK DOA BYAK2.
SEMOGA ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA.

Alhamdulillah, hari ni abe nie da abis 2 subjek, tnggal lagi 4 subjek. mohon sahabat2 semua doakan kejayaan abe nie di sini.

akhir sekali, selamat menempuhi imtihan nihaie fasal awwal tuk semua pelajar2 university di seluruh jordan. bittaufiq wa nnajah.

kite jumpe lagi pada next post 19-01-2010(da abis exam da masa nih).. sekian




Read more...

Monday, January 4, 2010

Aku Masih Lagi PATI

Assalamualaikum semua.

Macam mn ni. Iqomah abe nie belum siap. nk gi jln mana2 ssh,mn x nye, mana mesti jumpe dgn abg yg lengkap berseragam biru,ade pistol, ade topi, ha. mau x lari abe nie. aduh.. hidup dlm ketakutan.buat tu x kena buat ni x kena. macam2.

Iqomah ni, kalau korang nk tahu. Macam Visa la. kat cni, abe nie perlu mendapatkan visa pelajar ianya menggantikn pasport, ala2 mcm kad pengenalan jordan la. lau nk gi mana2, bile da ade iqomah ni, xyahla bwk pasport malaysia yag agak besar tu. ehhe

Ni kali pertama abe nie memperbaharui iqomah, kalau thn lepas ade org yg urus. masa tu boley la sng lenang. bdk baru.semua org urus.huhuh lau korang nk tahu, iqomah abe nie dah expired pada 12-12-2009. ha, da brp hari abe nie jadi PATI ye?huhuh takut nih

Sepatutnya iqomah (muafakah) ni kena buat dekat wizarah dakhiliyah, Amman.. tapi bile diberitahu pda thun ini semua student yag ingin memperbaharuinya hendaklah berurusan dgn syu'un tolabah (bahagian hal ehwal pelajar university) so nk x nk, kena buat melalui ctu la. ha, bile pihak University yg uruskan, akan timbul la masalahnya. dan akn ade jugak untungnya.

Masalah, lambat siap, acuh x acuh.ikut mood diorang nk wak bile. xleh paksa2. takut nk gi jln mana2. da la bulan 1 nih aku nk pi syiria.

Untung nya plak,abe nie leh save duit, xyah bersush pyh naik bas pergi Amman. byk urusan yg perlu abe nie buat. dapat pahala sebab sabar.

Abe nie taklifkan urusan iqomah ni pada saudara Pakok, die yg bertanggungjwab dlm urusan ni. lau jumpe die je, kok, bile iqomah aku nk siap? woit,ko x reti sabar ke auni?aku punye pun belum siap.hah lebih kurang cmtu la dialog die.

Jadinya kat cni, abe nie nk bgi ingat,sape2 yg da tamat tempoh iqomahnya, cepat2 la buat sebelum di denda. lau x silap abe nie sehari dlm 1.50Jd kot. Tahniah dn syabas tuk mereka yg da buat.

ha. da abis sal iqomah. masuk sikit bab exam (ckit je).

opss terlupa plak nk bgtau psl tajuk yg kat atas tu PATI. Tapi rsenya sume da tau.tapi xpelah,bagi pjg sikit entry ni, hauhauhauah maknenya macam ni ha, Pendatang Asing Tanpa Izin.

so,sempena bulan exam ni, sama2 kita baca buku,buat nota. ajak kawan2 study. nasihat ni tuk diri abe nie jugak ..harap2 semua kwan2 khususnya di university albayt x mensia2kan peluang yg da ade.jauh kite dtg ni.bukan sng tau. jaga kesihatan elok2 nye sume, yg sakit cepat2 pergi beli ubat.. hrp2 sume tenang jwb pekse nnti. ameen bittaufiq wa nnajah. skian







Read more...